Pages

Subscribe:

Labels

Saturday, February 4, 2012

MENERIMA SESUATU BERITA MENGIKUT ISLAM


"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum, tanpa mengetahui keadaannya, yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujurat:6]

 ayat di atas boleh ditafsirkan: "Wahai orang-orang yang telah beriman, jika ada orang fasik, samada sebelumnya tidak kamu ketahui kefasikannya kemudian tampak kefasikannya ketika menyampaikan maklumat, ataukah sebelumnya telah kamu ketahui kefasikannya, samada lelaki ataupun wanita, satu atau banyak orang, secara perseorangan ataupun kumpulan, samada kerajaan ataupun bukan kerajaan, membawa maklumat kepada kamu, samada satu, dua atau banyak maklumat, samada berkenaan dengan ekonomi, politik, sosial, pendidikan, budaya ataupun yang lain, maka telitilah, periksa dan analisislah. Supaya  tidak kamu menjatuhkan keputusan atau mengambil sikap dan pendirian kepada suatu kaum, samada lelaki ataupun wanita, Islam atupun bukan islam, Melayu, India, Cina ataupun Arab, berasaskan ketidaktahuan sehingga zalim kepada kaum tersebut, sehinggalah dengan demikian kalian menyesali apa sahaja yang telah kamu lakukan."


dari ayat di atas, juga boleh diambil mafhum mukhalafah berdasarkan jumlah syarthiyah (kalimat bersyarat) yang ada pada ayat tersebut, iaitu: "…..,jika ada orang yang tidak fasik (adil), samada sebelumnya tidak kalian ketahui keadilannya, kemudian tampak keadilannya ketika menyampaikan maklumat, ataukah sebelumnya telah kalian ketahui keadilannya, samada lelaki ataupun wanita, satu atau banyak orang, secara perseorangan ataupun lembaga, samada kerajaan ataupun bukan kerajaan, membawa maklumat kepada kalian, samada satu, dua atau banyak maklumat, samada berkenaan dengan ekonomi, politik, sosial, pendidikan, budaya ataupun yang lain, maka tidak perlu kalian teliti, periksa dan analisis."

 kesimpulan berkenaan dengan kandungan surat Al-Hujurat: 6 di atas sebagai berikut:



1. Orang Islam yang beriman wajip mengambil sikap (tindakan) dengan asas ilmu, iaitu pengetahuan yang akan dipergunakan untuk mengambil sikap pendiriannya. Dan haram mengambil sikap dengan tanpa asas ilmu. Ini diperkuat dengan firman Allah SWT.:
"Dan janganlah engkau mengikuti dengan apa yang engkau tidak mempunyai ilmu mengenai perkara itu. Sebab, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya pasti diminta dirtanggungjawakan atas sikapnya." (Q.s. Al-Isra’: 36)
2. Apabila menerima maklumat apapun, samada berkenaan dengan ekonomi, politik, sosial, pendidikan ataupun yang lain, wajib diteliti sumber maklumatnya. Jika yang menyampaikan maklumat tersebut adalah fasik, sama ada berbentuk perseorangan, atau lembaga, akhbar, televisyen, radio yang tidak diasas berdasarkan Islam dan kepentingan kaum muslimin, termasuk lelaki, wanita, ulama’ ataupun bukan ulama’, maka wajib diteliti kebenarannya. Sebaliknya, jika maklumat tersebut disampaikan oleh pembawa maklumat yang adil, iaitu Islam dan berasaskan Islam serta berjuang untuk Islam, maka boleh diterima langsung.
3. Orang yang adil berkenaan dengan sumber maklumat adalah: (1) Muslim, (2) Baligh, (3) Berakal, (4) Tidak fasik dan (5) Tidak diragukan kredibilitinya sebagai orang yang baik, iaitu: Orang yang senantiasa menjaga takwa, dengan menjauhi dosa besar, dosa kecil dan sebagian perbuatan mubah. Dosa besar adalah dosa yang disebutkan hukumannya di dunia, siksanya di akhirat dan laknat Nabi kepada pelakunya, sebagaimana dijelaskan oleh Ad-Dzahabi. Sedangkan dosa kecil, seperti ingkar janji, tidak dapat menghindari dusta. Sementara perkara mubah yang mesti dijauhi adalah perkara yang boleh mengurangi kehormatan, seperti makan di jalan, pasar, berteman dengan orang yang fasik dan sebagainya (Taisir Musthalah Al-Hadis, Dr. Mahmud At-Thahhan, 34; Al-Kabair, Ad-Dzahabi, 6; Al-Ihkam Fi Ushuli Al-Ahkam, Al-Amidi, I/263). Maknanya, selain daripada itu semuanya, maklumatnya wajib diteliti dan diperiksa dan diperiksaTermasuk di antaranya adalah maklumat yang disampaikan oleh: (1) Ahli Bid’ah, yang perbuatan bid’ahnya menyebabkannya murtad daripada Islam, seperti Ahmadiyah, Anti Hadis atau yang lain. Ini merupakan pandangan Imam As-Syafi’i, Shufyan As-Sauri dan Jumhur Ahli Ilmu; (2) ) Ahli Bid’ah, yang perbuatan bid’ahnya tidak menyebabkannya murtad daripada Islam, yang mengajak kepada kelompoknya (Ushul Al-Hadits, Dr. ‘Ajaj Al-Khatib, 273; As-Syakhshiyah Al-Islamiyah, An-Nabhani, I/333-334).
4. Haram menjatuhkan keputusan, atau berpendirian dengan tanpa ilmu, sehingga menimbulkan kezaliman kepada orang lain. Termasuk tidak boleh menghakimi sesiapapun dengan maklumat yang salah, sehingga menyerang sesiapa sahaja dengan emosional. Ini dijelaskan oleh illat syar’iyah: "sehingga kamu menjatuhkan keputusan berdasarkan kebodohan, tanpa ilmu." Ini juga menjelaskan bahawa orang Islam tidak boleh mendukung atau mencela pihak-pihak manapun, kecuali dengan asas ilmu, iaitu hukum Islam. Artinya, siapa yang membela atau mencanggah orang lain wajib dilandasi dengan pertimbangan siapa yang melaksanakan Islam, dengan asas Islam, cara Islam dan semuanya untuk kepentingan Islam. Sehingga, orang Islam tidak jatuh dalam pengambilan sikap yang salah, karena kebodohannya, iaitu membela orang yang tidak melaksanakan Islam, atau mencela orang yang memperjuangkan Islam yang hakiki.
5. Yang juga terkait dengan illat di atas, adalah haram menjatuhkan hukuman kepada sesiapapun dengan informasi sepihak, atau maklumat dari satu pihak. Ini juga ditegaskan oleh Nabi saw.:
"Wahai Ali, jika di hadapan kamu ada dua pihak yang bersengketa, maka engkau jangan memberikan keputusan, sehinggalah engkau mendengarkan daripada pihak yang lain, sebagaimana engkau mendengarkan daripada pihak yang pertama." (H.r. At-Turmidzi dan Ahmad).
  1. Haram berbuat zalim kepada mana-mana kaum, samada lelaki, wanita, kecil, besar ataupun yang lain, serta wajib mengambil sikap adil kepada mereka. Adapun standard keadilan tersebut adalah Al-Haq, iaitu Islam. Adil bermakna lawan kezaliman, dan bukannya menempatkan sesuatu pada tempatnya secara sama dan seimbang. Sebab, yang paling memahami fitrah manusia adalah Al-Khaliq, sehingga Dia-lah yang berhak menentukan keadilan. Kerana, manusia kadang-kala melihat sesuatu yang baik, sedangkan hakikatnya buruk. Dan melihat sesuatu yang buruk, sedangkan hakikatnya baik. (Ad-Dimuqrathiyah Fi Dhau’i As-Syari’ah Al-Islamiyah, Dr. Mahmud Al-Khalidi, 139-144: 1986).

No comments:

Post a Comment