Pages

Subscribe:

Labels

Tuesday, February 7, 2012

ape dah jadi.......

Tempat Orang

                                                                  Di tempat sendiri


Fikir2kan.....Renung2kan....

Panas!!! Anugerah Tuhan Di Iktiraf Jepun....



Dari gelaran manusia Anugerah Tuhan kepada Imam mahadi PKR  malah gelaran terbaru di iktiraf di jepun BAPA PORNO MALAYSIA.....,nak tau kat sini ada KLIK SINI.

customer KFC yang kurang ajar !!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, February 5, 2012

PADERI BOIKOT STARBUCKS!!!!!



CALIFORNIA 5 Feb. – Seorang paderi Kristian menggesa pengguna supaya memboikot Starbucks ekoran syarikat itu menyokong satu rang undang-undang mengesahkan perkahwinan sejenis di Washington, lapor King 5 News.

Steven Andrew yang juga Presiden Institusi Paderi Kristian Amerika Syarikat (AS) di California berkata, penganut Kristian kecewa dengan tindakan Starbucks yang menentang ajaran Tuhan.

“Starbucks boleh mengikut ajaran Syaitan jika mereka mahu, tetapi paderi-paderi akan membantu menyelamatkan penganut Kristian.“Adakah anda di pihak Tuhan dan adakah anda sudi membantu AS dirahmati Tuhan?” soal Andrew dalam satu kenyataan.

Menurut Reuters, gesaan memboikot itu dikeluarkan Selasa lalu, sehari sebelum rang undang-undang tersebut dibentang di Dewan Senat Washington.Institusi Paderi Kristian AS turut meminta penganut Kristian untuk menghentikan penyajian makanan dan minuman jenama itu di majlis-majlis dan kemudahan gereja.Selain Starbucks, lebih 100 syarikat lain turut menyokong rang undang-undang perkahwinan sejenis itu termasuk Nike, Google dan Microsoft.Jika rang undang-undang itu diluluskan di Dewan Perwakilan minggu depan, Washington akan menjadi negeri ketujuh di AS yang mengiktiraf perkahwinan sejenis. – AGENSI 

Saturday, February 4, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H


Kelebihan atau keistimewaan selawat antara lain dijelaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya. ” (Surah Al-Ahzab: 56).


Berselawat kepada Nabi Muhammad adalah salah satu bukti kecintaan seseorang itu kepada Allah dan Rasulullah. la tidak sewajarnya dipandang ringan oleh setiap umat Islam. Ini sesuai dengan kedudukan selawat itu sendiri yang memiliki berbagai keistimewaan dan kelebihan di sisi Allah.


hadis-hadis yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah 


“Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. ” (Riwayat Tabrani).


 Dari Ubai bin Ka ‘ab: “Aku bertanya, wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku memperbanyakkan selawat, maka berapakah aku jadikan untukmu dari selawatku? Nabi bersabda: Apa yang kamu kehendaki. la berkata: kataku: “Seperempat.” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai dan jika kamu tambah maka itu yang lebih baik bagi kamu.” Kataku: “Apakah sepertiga? ” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai, jika kamu tambah itulah yang lebih baik bagi kamu.” la bertanya: “Apakah aku jadikan selawatku buatmu semuanya.” Nabi bersabda: “Jika demikian maka dicukupilah cita-citamu dan diampuni dosamu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Al Hakam).


marilah kita sebagai umat Islam sentiasa berselawat kepada Rasulullah. Itu tandanya kita sangat mencintai Rasulullah yang menjadi kekasih Allah.


Sumberhttp://santaiminda.esq2u.com/mari-berselawat.htm

MENERIMA SESUATU BERITA MENGIKUT ISLAM


"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum, tanpa mengetahui keadaannya, yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujurat:6]

 ayat di atas boleh ditafsirkan: "Wahai orang-orang yang telah beriman, jika ada orang fasik, samada sebelumnya tidak kamu ketahui kefasikannya kemudian tampak kefasikannya ketika menyampaikan maklumat, ataukah sebelumnya telah kamu ketahui kefasikannya, samada lelaki ataupun wanita, satu atau banyak orang, secara perseorangan ataupun kumpulan, samada kerajaan ataupun bukan kerajaan, membawa maklumat kepada kamu, samada satu, dua atau banyak maklumat, samada berkenaan dengan ekonomi, politik, sosial, pendidikan, budaya ataupun yang lain, maka telitilah, periksa dan analisislah. Supaya  tidak kamu menjatuhkan keputusan atau mengambil sikap dan pendirian kepada suatu kaum, samada lelaki ataupun wanita, Islam atupun bukan islam, Melayu, India, Cina ataupun Arab, berasaskan ketidaktahuan sehingga zalim kepada kaum tersebut, sehinggalah dengan demikian kalian menyesali apa sahaja yang telah kamu lakukan."


dari ayat di atas, juga boleh diambil mafhum mukhalafah berdasarkan jumlah syarthiyah (kalimat bersyarat) yang ada pada ayat tersebut, iaitu: "…..,jika ada orang yang tidak fasik (adil), samada sebelumnya tidak kalian ketahui keadilannya, kemudian tampak keadilannya ketika menyampaikan maklumat, ataukah sebelumnya telah kalian ketahui keadilannya, samada lelaki ataupun wanita, satu atau banyak orang, secara perseorangan ataupun lembaga, samada kerajaan ataupun bukan kerajaan, membawa maklumat kepada kalian, samada satu, dua atau banyak maklumat, samada berkenaan dengan ekonomi, politik, sosial, pendidikan, budaya ataupun yang lain, maka tidak perlu kalian teliti, periksa dan analisis."

 kesimpulan berkenaan dengan kandungan surat Al-Hujurat: 6 di atas sebagai berikut:



1. Orang Islam yang beriman wajip mengambil sikap (tindakan) dengan asas ilmu, iaitu pengetahuan yang akan dipergunakan untuk mengambil sikap pendiriannya. Dan haram mengambil sikap dengan tanpa asas ilmu. Ini diperkuat dengan firman Allah SWT.:
"Dan janganlah engkau mengikuti dengan apa yang engkau tidak mempunyai ilmu mengenai perkara itu. Sebab, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya pasti diminta dirtanggungjawakan atas sikapnya." (Q.s. Al-Isra’: 36)
2. Apabila menerima maklumat apapun, samada berkenaan dengan ekonomi, politik, sosial, pendidikan ataupun yang lain, wajib diteliti sumber maklumatnya. Jika yang menyampaikan maklumat tersebut adalah fasik, sama ada berbentuk perseorangan, atau lembaga, akhbar, televisyen, radio yang tidak diasas berdasarkan Islam dan kepentingan kaum muslimin, termasuk lelaki, wanita, ulama’ ataupun bukan ulama’, maka wajib diteliti kebenarannya. Sebaliknya, jika maklumat tersebut disampaikan oleh pembawa maklumat yang adil, iaitu Islam dan berasaskan Islam serta berjuang untuk Islam, maka boleh diterima langsung.
3. Orang yang adil berkenaan dengan sumber maklumat adalah: (1) Muslim, (2) Baligh, (3) Berakal, (4) Tidak fasik dan (5) Tidak diragukan kredibilitinya sebagai orang yang baik, iaitu: Orang yang senantiasa menjaga takwa, dengan menjauhi dosa besar, dosa kecil dan sebagian perbuatan mubah. Dosa besar adalah dosa yang disebutkan hukumannya di dunia, siksanya di akhirat dan laknat Nabi kepada pelakunya, sebagaimana dijelaskan oleh Ad-Dzahabi. Sedangkan dosa kecil, seperti ingkar janji, tidak dapat menghindari dusta. Sementara perkara mubah yang mesti dijauhi adalah perkara yang boleh mengurangi kehormatan, seperti makan di jalan, pasar, berteman dengan orang yang fasik dan sebagainya (Taisir Musthalah Al-Hadis, Dr. Mahmud At-Thahhan, 34; Al-Kabair, Ad-Dzahabi, 6; Al-Ihkam Fi Ushuli Al-Ahkam, Al-Amidi, I/263). Maknanya, selain daripada itu semuanya, maklumatnya wajib diteliti dan diperiksa dan diperiksaTermasuk di antaranya adalah maklumat yang disampaikan oleh: (1) Ahli Bid’ah, yang perbuatan bid’ahnya menyebabkannya murtad daripada Islam, seperti Ahmadiyah, Anti Hadis atau yang lain. Ini merupakan pandangan Imam As-Syafi’i, Shufyan As-Sauri dan Jumhur Ahli Ilmu; (2) ) Ahli Bid’ah, yang perbuatan bid’ahnya tidak menyebabkannya murtad daripada Islam, yang mengajak kepada kelompoknya (Ushul Al-Hadits, Dr. ‘Ajaj Al-Khatib, 273; As-Syakhshiyah Al-Islamiyah, An-Nabhani, I/333-334).
4. Haram menjatuhkan keputusan, atau berpendirian dengan tanpa ilmu, sehingga menimbulkan kezaliman kepada orang lain. Termasuk tidak boleh menghakimi sesiapapun dengan maklumat yang salah, sehingga menyerang sesiapa sahaja dengan emosional. Ini dijelaskan oleh illat syar’iyah: "sehingga kamu menjatuhkan keputusan berdasarkan kebodohan, tanpa ilmu." Ini juga menjelaskan bahawa orang Islam tidak boleh mendukung atau mencela pihak-pihak manapun, kecuali dengan asas ilmu, iaitu hukum Islam. Artinya, siapa yang membela atau mencanggah orang lain wajib dilandasi dengan pertimbangan siapa yang melaksanakan Islam, dengan asas Islam, cara Islam dan semuanya untuk kepentingan Islam. Sehingga, orang Islam tidak jatuh dalam pengambilan sikap yang salah, karena kebodohannya, iaitu membela orang yang tidak melaksanakan Islam, atau mencela orang yang memperjuangkan Islam yang hakiki.
5. Yang juga terkait dengan illat di atas, adalah haram menjatuhkan hukuman kepada sesiapapun dengan informasi sepihak, atau maklumat dari satu pihak. Ini juga ditegaskan oleh Nabi saw.:
"Wahai Ali, jika di hadapan kamu ada dua pihak yang bersengketa, maka engkau jangan memberikan keputusan, sehinggalah engkau mendengarkan daripada pihak yang lain, sebagaimana engkau mendengarkan daripada pihak yang pertama." (H.r. At-Turmidzi dan Ahmad).
  1. Haram berbuat zalim kepada mana-mana kaum, samada lelaki, wanita, kecil, besar ataupun yang lain, serta wajib mengambil sikap adil kepada mereka. Adapun standard keadilan tersebut adalah Al-Haq, iaitu Islam. Adil bermakna lawan kezaliman, dan bukannya menempatkan sesuatu pada tempatnya secara sama dan seimbang. Sebab, yang paling memahami fitrah manusia adalah Al-Khaliq, sehingga Dia-lah yang berhak menentukan keadilan. Kerana, manusia kadang-kala melihat sesuatu yang baik, sedangkan hakikatnya buruk. Dan melihat sesuatu yang buruk, sedangkan hakikatnya baik. (Ad-Dimuqrathiyah Fi Dhau’i As-Syari’ah Al-Islamiyah, Dr. Mahmud Al-Khalidi, 139-144: 1986).

Friday, February 3, 2012

Ustaz Dong Trabolta (hukum alat muzik) ft. Azhar Idrus


siapa la ustz nie kan......

THE SINGLE - BUNGA BUNGA (OFFICIAL VIDEO) LAGU BARU 2012


Jom Belajaq Loghat UtaQa.....



1.Qhe-ngau = cakar
2. Se-qheyat = reda/ surut
3. Hambat = mengejar
4. Pe-qhembang = tengok dgn sesungguh hati/aim
5. Contiang = conteng
6. Ligan = kejar
7. Cemuih = bosan/jemu
8. Tokak = gigit besar
9. Gey-qhek = basikal
10. Gon/gaun = cerun (bukit kecil)
11. Belemoih = comot/ kotor
12. Tetomoih = tersungkor
13. Ku-tey = cubit
14. Tak dan = tak sempat
15 Hebiaq = celupar
16. Maneh melecaih = tersangat manis
17. Lencun = basah
18. Lokoih = basah kuyup
19. Kawaq = pencuri
20. Kanyaq = mentah (berhingus)
21. Ketegaq = degil
22. He-qhot petot = senget benget
23. Me-qhela = gatal
24. Log laq = cemekap/ cuai
25. Hawing = pusing
26. Punggai = baling/ lempar
27. Tengalong = tuju/ baling
28. Me-qhe-kah = Kupas/ koyak / merekah
29. Ayaq achaq = air longkang
30 . Ha-qhin = hancing
31. Kelepiaq = melibas
32. Kelolo = "tak berapa betoi" / suka buat jokes
33. Hemoi = "muka tak malu"
34. Me-qhe-nyeh = menggatal
35. Dak-aih = tak "matching" / tak mau /tidak
36. Hapak pera'e = bau hapak
37. Hijau me-qhe-ngak = telalu "hijau"
38. Celuih = muat
39. Me-qhelit me-qhelap = berkilau- kilau
40. Me-qhe-yup = sayup / nak malam
41. Qhem-pang = "tergedik-gedik"
42. Kampoi = kumpul/ kaut
43. Je-qhang = menjerang (air)
44. Capoi = celupar
45. Te-qhe-bey = lastik
46. Melo-qhot = lucut/ gelongsor
47. Me-qho-not = membongkok
48. Sene-qheh = selisih/bergeser
49. Be-qha-chaq = comot/ kotor
50. Qhembang = gemuk / merembang
51. Pedo = hati-hati
52. Peqhusah = gigih
53. Hapuih = tenggelam (lemas)
54. Qhan-dok = redah
55. Se-ghoh = semakin kurus
56. Qhen-jong = tinggi lampai
57. Pe-qho-ngoih = panas baran
58. Takek = ketuk/potong
59 Be-qhemba = bersaing/ lumba
60. Qhe-tiaq = ikhtiar/ fikir
61. Ge-qhet = gigit
62. Tahaq = tahan
63. Qha-gaih = panjat
64. Melewaq = merayau
65. Melahaq = kebulur
66. Qha-bat. = naik/panjat
67. Qhim-bok = belasah
68. Bekelai = berkelahi
69. Cuak = seram / tak sedap hati
70. Juih = mulut muncung
71. Melilau = berjalan-jalan merata
72. Qhodong = melulu
73. Qhedah = redah
74. Ayaq seqhebat = air sirap
75. Peqhasat = sangat dengki
76. Mandom = lembap / lambat
77. Ceqhoi = sangat cair / lekeh ( untuk anak muda )
78. Tepok = lumpuh / tampar
79. Qha-bit = terkoyak / pecah ( untuk kaca )
80. Kok-ko = dukung
81. Mai = mari
82. Terple'ot = terseliuh
83. Gomoi = bergaduh/ bergusti
84. Ketit = cubit / kena gigit serangga
85. Ga-qhet = gatal/ mengada-ada khas utk pompuan
86. Nala = tersangat / besar
87. Mang-kark = buah tak masak / perangai tak elok
88. Bergenuak = berduyun- duyun / ramai
89. Pediah = habuan
90. Polok = makan penuh mulut
91. Tey-liang = senget / memandang dgn pandangan sisi
92. Qhe-ling = jeling
93. Peng-kaq = kaki tempang
94. Me-qhe-nyut = serabut ( cacing @ semut )
95. Kesot = alih mengesot
96. Lanyau = bersihkan / sejenis binatang kecil
97. Cempong = angkat/ dukung
98. Lekaq = lapik periuk dibuat dari lidi
99. Conek = ekor
100. Depa = mereka
101. Qha-let = leka/cuai
102. Cey-mey = Mata bengkak dek kena pukul / free
103. Bakup = mata layu / mata bengkak
104. Katok = ketuk/pukul
105. Buah ce-qhe-mai = buah cermai
106. Buah qhe-yang-dot = buah keriang besar kat kampung2 dikedah!
107. Ikan ka-qhen. = ikan laga
108. Bijik qhe-mia = warna keunguan
109. Ikan temenung = ikan kembong
110. Sendai = ketatkan/ kemaskan / selak/lapet
111. Ketuat = kutil
112. Mengacom = mengadu
113. Mengkelan = tersangkut makanan
114. Kueh danga = kueh dari kelapa parut, gula dan dibakar
115. Kueh ka-qhas = kueh macam "bihun" / karas
116. Mot = bawak/ muat / bonceng
117. Ex-jos = exzos
118. Pedai ayam = kunci mangga/padlock
119. Pre-weng = sprocket/ freewheel
120. Pe-diaq = rasa macam "colgate" / rasa durian yg tak manis
121. To-qheh = turis/ calar
122. Tungging buyung = "somersault"
123. Ponen = pondan/lembut, waria
124. Kesot = Injak / mengesot
125. Qhamaih = Ramas
126. Boroi = Berperut buncit
127. Kedeqhat = Kudrat
128. Biaq = Biar
129. Qhabat = Panjat
130. Ragaih = Panjat
131. Ghamai = Suka/gembira
132. Terebey = Lastik
133. Keciwi / ciwi = Belagak dgn barang baru beli / syok sendiri
134. Belengaih = Kotor/melekit
135. Contiang = Lukis
136. Mengkala = Kalau / seandainya
137. Katik / kemetot = Kecik / kiut miut/ pendek
138. Celapak = Terkam / lompat
139. Se-gheyau = Takut- takut
140. Mengketedarah = Makan / makan dgn banyak
141. Melahaq = Lapar /Makan
142. Hampa = Mereka / kamu / awak
143. Depa = Mereka
144. Merenyam = Gatal (playgirl)
145. Tak dan = Tak sempat
146. Nyeh = Buang hingus
147. Ghe-nyeh = Senyum nampak gigi ( senyum kambing )
148. Singkiaq = Singkir
149. Keleboq = Selut hitam
150.pancoq= paip ayaq..

Ada Lembu Nak Jaga

LAYAN...........

Thursday, February 2, 2012

TOLONG SEBARKAN !!!





Disini puan su atau nama sebenar suraya ingin memohon jasa baik anda semua untuk menolong mencari anak saudara beliau Mohd Nor Fitri bin Marzuki seorang syndrom down beliau yang telah hilang semenjak 23/1/2012 yang lalu sehingga kini.ada maklumat yang mengatakan kemungkinan Fitri berada di pulau pinang bahagian jelutong.sekiranya anda menjumpai kanak-kanak syndrom down yang hilang ini sila hubungi puan suraya di talian 019-5449170.pertolongan Anda amat di hargai.Terima Kasih...

Penyakit Misteri Alat Sulit Menggeleber


PONTIAN - “Saya akan makan Panadol dan ubat batuk sekiranya sakit,” demikian luah lelaki di sini, yang menghidap penyakit misteri di bahagian alat sulitnya.

Lelaki berkenaan, Ali (bukan nama sebenar) berkata, penyakit misteri itu bermula ketika usianya 10 tahun dan sejak itu, bahagian itu semakin membesar dan menggeleber hingga hampir ke paras lutut.

Lebih malang lagi, dia yang dijaga abangnya tidak pernah mendapatkan sebarang rawatan perubatan moden mahupun tradisional bagi mengubati penyakitnya itu.

Ali berkata, kemiskinan menjadi penghalangnya mendapatkan rawatan di klinik atau hospital, selain tidak mahu menyusahkan abang dan kakak iparnya memandangkan mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk membesarkan tiga anak.

Jelasnya, pendapatan yang diperoleh hasil bertukang dikongsi bersama keluarga abangnya yang juga kurang berkemampuan dan mempunyai seorang anak kategori orang kurang upaya (OKU).

Selain itu, perasaan malu untuk memberitahu keadaan penyakitnya itu kepada orang luar, turut menyebabkan dia tidak mahu mendapatkan rawatan.

Ali yang ditemui di rumah abangnya berkata, kesakitan yang dialami ketika penyakit misteri berkenaan menyerangnya semakin teruk sehingga menyebabkan seluruh badannya berpeluh.

“Jika sebelum ini sakitnya cuma bisa sahaja tetapi sejak sebulan yang lalu ia semakin teruk sehingga seluruh badan berpeluh–peluh.

“Selain itu, saya juga sudah semakin sukar bergerak dan mengalami masalah untuk duduk serta bangun,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu kakak iparnya berkata, Ali akan cuba sedaya upaya merahsiakan sakit yang dialami daripada mereka sekeluarga.

Namun, kakak iparnya tidak pernah berputus asa memujuk adik iparnya itu untuk mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakitnya.

“Keadaan penyakitnya semakin teruk sejak kebelakangan ini di mana jika sebelum ini sakit yang dialami hanya sekali sekala, namun kini hampir tiap malam dia akan mengadu sakit,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Ali menyatakan kesediaannya untuk menerima sebarang rawatan yang dapat membantu menyelesaikan masalahnya itu.

Dia turut merayu pihak yang sudi tampil membantu meringankan bebannya itu termasuklah perubatan secara tradisional dengan menghubungi 013-7815523.
-SINAR HARIAN-